Sunday, 15 February 2015

Apa itu asma

Asma merupakan sejenis penyakit paru-paru kronik yang mengganggu sistem pernafasan seseorang. Penyakit ini akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi radang atau kemerahan dan sempit. Ia akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sesak nafas yang berulang akibat daripada otot-otot disekeliling saluran pernafasan mengecut. Ini menyebabkan bronkus menjadi sempit dan menyukarkan pengaliran udara keluar dan masuk. Proses keradangan juga akan menyebabkan sel-sel yang melapisi bahagian dalam bronkus merembeskan lebih banyak mukosa atau lendir. Mukosa berlebihan inilah yang akan menyebabkan seseorang mengalami batuk berterusan kerana tindakbalas untuk cuba mengeluarkannya sebagai kahak. 



Bagaimana asma berlaku?
Antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai penyakit asma ialah, bunyi seperti wisel (wheezing) semasa bernafas, sesak dada (chest tightness), sesak nafas (shortness of breath), dan batuk. Seseorang yang mempunyai tanda-tanda tersebut haruslah merujuk kepada doktor atau pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. 

Sekiranya anda mula sesak nafas dan mengalami asma, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menggunakan inhaler. 

Terdapat beberapa jenis inhaler yang terdiri daripada 2 kategori:
1. Inhaler pencegah
2. Inhaler pelega

Inhaler pencegah digunakan setiap hari untuk mengelakkan terkena asma manakala inhaler pelega digunakan untuk melegakan keadaan pesakit yang diserang asma. Berbalik pada situasi di atas, jika anda diserang asma, gunakan inhaler pelega yang mengandungi ventolin untuk melegakan asma sebanyak dua kali. Sekiranya keadaan masih tidak terkawal, tambahkan sedutan. Maksimum penggunaan ventolin ini selalunya 6 kali. Sekiranya asma masih belum berkurang, anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan. Minta bantuan ahli keluarga untuk menghantar anda ke klinik berdekatan. Disana, anda perlu mendapatkan nebuliser. Doktor akan memberi rawatan kecemasan bagi pesakit-pesakit asma.





Rujukan: Gaya Hidup Sihat Mengatasi Asma oleh Dr Che' Wan Aminud-din Hashim




Monday, 2 February 2015

Brital Asthma..Apakah puncanya?



Assalamuailakum..

Setiap insan pasti akan diuji..tapi sejauh mana kah kite menerima dengan redha ujian yang diberikan oleh-Nya? Orang kata, cakap memang senang..bagi orang yang sedang diuji pasti merasakan kepahitannya. Kekadang kite merasakan yang tiada siapa yang benar-benar memahami diri kite.

Ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya..sejauh mana kite yakin dan percaya terserah pada individu. Pada peringkat permulaan diuji pasti beribu rasa bermain dalam hati..Bagi yang diuji dengan kesakitan, rasa sedih, kecewa, putus asa sentiasa bermain di hati. Untuk bangkit dari kesakitan memang payah..

Kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku tentang salah satu ujian yang Allah berikan..Moga2 bermanfaat dan boleh dijadikan panduan buat sesiapa sahaja..

Pernah dengar x tentang asma? Ha.. ni yang aku nak cerita..Aku diuji dengan asma sejak 3 taun kebelakangan ni..tapi bukan asma biasa, doktor diagnosed aku sebagai brital astma. Sebelum ni aku x pernah ada history asma, cuma mak aku penah la ada sakit ni tapi x teruk macam aku.

Ok, berbalik pada brital asma, ada banyak punca yang boleh menyebabkan asma ni tidak terkawal. Antaranya,

1. alergik

Alergik atau alahan merupakan salah satu penyebab utama asma. Samada alahan pada makanan, haiwan peliharaan, ubat ubatan ataupun bahan kimia. Bagi sesiapa yang berkemampuan, boleh la buat ujian darah untuk tentukan tahap alergik anda pada sesuatu allergen. Dengan ujian ini, anda akan tahu sejauh mana anda mengalami alahan. Antara makanan yang boleh menjadi alahan ialah makanan laut (udang, sotong, tiram).

2. emosi

Ya, emosi yang terganggu memang boleh menyebabkan asma semakin teruk. Tekanan kerja contohnya akan menggangu emosi anda seterusnya membuatkan anda sesak nafas. Oleh itu, amat penting untuk kite belajar mengawal tekanan.

3. cuaca/keadaan sekeliling
Cuaca yang terlampau panas atau terlampau sejuk juga boleh menjadi pencetus asma. Perubahan cuaca yang mendadak juga akan menyebabkan badan mula memberikan tindak balas dan boleh menyebabkan asma. Keadaan sekeliling yang behabuk, kotor sehingga lipas berkeliaran pun boleh menyebabkan asma. Jangan x tau yang lipas, kulat dan hama pun antara allergen yang boleh membuatkan asma makin teruk.

Ni antara perkongsian aku untuk sape2 yang ada potensi untuk terkena asma..Semua ni adalah melalui pengalaman aku sendiri..Banyak lagi punca yang boleh menyebabkan brital asma ni sebenarnya yang akan aku kongsi lagi dimasa akan datang..